Monday 8 August 2016

1 Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Mukmin Seperti Satu Jasad*

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Dari Nukman bin Basyir, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam." (HR Ahmad No: 17654)

Pengajaran:

1.  Setiap Mukmin adalah bersaudara

2.  Kita diumpamakan seperti satu tubuh badan, ada yang mungkin menjadi kaki, tangan, gigi, dan sebagainya.

3.  Jika salah satu anggota kita sakit seperti gigi sakit, seluruh anggota turut menanggung kesusahan mungkin tidak boleh tidur malam atau mungkin boleh demam.

JOM kita sayangi saudara kita sepertimana kita sayang kepada diri kita. Jika sahabat mukmin kita susah atau sakit, menjadi kewajipan kita membantu mereka. Dia adalah sebahagian dari anggota kita.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

8hb Ogos  2016
5 Zulkaedah 1437H

No comments:

Post a Comment